Pages

Selasa, 11 Agustus 2009

TANDA-TANDA KIAMAT

TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 1)
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata,
Sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba
datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu
bertanya,
"Apakah yang kamu semua sedang
bincangkan.?"
Lalu kami menjawab,
"Kami sedang membincangkan tentang hari
Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W.
"Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi
sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-
•Asap
•Dajjal
•Binatang melata di bumi
•Terbitnya matahari sebelah barat
•Turunnya Nabi Isa A.S
•Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
•Gerhana di barat
•Gerhana di jazirah Arab
•Keluarnya api dari kota Yaman menghalau
manusia ke tempat pengiringan mereka.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan
berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang
beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti
terkena selsema, sementara orang kafir pula
keadaannya seperti orang mabuk, asap akan
keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak
ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S
sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa
sahaja perkara-perkara yang luar biasa. Dia
akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya
buta dan di antara kedua matanya tertulis
perkataan 'Ini adalah orang kafir'.
Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul
Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung
Shafa, ia akan berbicara dengan kata-kata yang
fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa
tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman
A.S. Apabila binatang ini memukulkan
tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka
akan tertulislah di dahi orang itu 'Ini adalah
orang yang beriman'. Apabila tongkat itu
dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan
tertulislah 'Ini adalah orang kafir'.
Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara
putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian
Nabi Isa A.S akan menjalankan syariat Nabi
Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini
merupakan dua golongan. Satu golongan kecil
dan satu lagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj
itu kini berada di belakang bendungan yang
TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 2)
Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya
dengan tidak laris jualan di pasar, sedikit sahaja
hujan dan begitu juga dengan tumbuhtumbuhan.
Ghibah menjadi-jadi di merata-rata,
memakan riba, banyaknya anak-anak zina, orang
kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan
bersuara lantang di masjid, para ahli mungkar
lebih banyak menonjol dari ahli haq"
Jika kita perhatikan kini memang benar:
• Ghibah merata-rata (memperburukburukkan,
memfitnah orang juga
meleluasa kini)
•Riba meluas tanpa kawalan (shark loan,
pinjaman segera, pembelian kereta, rumah
dll, bank bersistem riba, termasuk berbagai
jenis loan yang "diislamkan" dari luarannya.
hatta "study loan" pun)
•Anak zina bertambah (malah pasangan
berzina berbangga dengan perbuatan zina
dan anak zinanya).
•Orang kaya diagung-agungkan (sampai
cium tangan dan merayu)
•Orang fasik bersuara lantang di Masjid
(sampaikan pelanggan tetap 4d pun
dikhabarkan dilantik sebagai AJK Masjid)
•Ahli mungkar lebih banyak menonjol dari
ahli haq (bercakap tentang islam walaupun
tanpa ilmu)
TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 3)
Berkata Ali bin Abi Talib,
Akan datang di suatu masa di mana Islam itu
hanya akan tinggal namanya sahaja, agama
hanya bentuk sahaja, Al-Qur'an hanya dijadikan
bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid,
sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut
Asma Allah. Orang-orang yang paling buruk pada
zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan
timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada
mereka juga. Dan kesemua yang tersebut adalah
tanda-tanda hari kiamat."
Jika kita perhatikan:
·Semakin ramai umat Islam yang tidak
menghargai nikmat agamanya sehingga
mengabaikan suruhan dan perintahNya
sampaikan mengucap pun ada yang tidak
tahu.
·Al Quran hanya untuk alunan merdu serta
hiasan dan bukan untuk diamalkan dan
dihayati. (Paling sedih ada juga sanggup
pula menghina Al Quran).
·Masjid berdiri megah dengan hiasan yang
berkilauan hanya untuk pelancongan dan
berbangga tidak untuk dimakmurkan.
·Ulama dihina dan difitnah oleh orang yang
dianggap ulama juga.
TANDA-TANDA KIAMAT (Siri 4)
Sabda Rasulullah S.A.W lagi,
"Apabila harta orang kafir yang dihalalkan
tanpa perang yang dijadikan pembahagian
bergilir, amanat dijadikan seperti harta
rampasan, zakat dijadikan seperti pinjaman,
belajar lain daripada agama, orang lelaki taat
kepada isterinya, menderhakai ibunya, lebih
rapat dengan teman dan menjauhkan ayahnya,
suara-suara lantang dalam masjid, pemimpin
kaum dipilih dari orang yang fasik, orang
dimuliakan kerana ditakuti akan tindakan jahat
dan aniayanya dan bukan kerana takutkan
Allah, maka kesemua itu adalah tanda-tanda
kiamat."
TANDA-TANDA KIAMAT KECIL (SIRI 5)
Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a., katanya,
"Rasulullah s. a. w. telah bersabda:
"Aku menghitung enam perkara menjelang hari
kiamat. "Baginda menyebutkan salah satu di
antaranya : Penaklukan Baitulmuqaddis."
- Sahih Bukhari,
Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,
yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti
himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang.”
- Sahih Muslim
Bermaharajalela alat muzik., tanah runtuh dan
perubahan muka
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,
rusuhan dan perubahan muka."Ada yang
bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah
bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;"Apabila
telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan
penyanyi-penyanyi wanita”
- Ibnu Majah
Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat
ialah manusia bermegah-megahan dalam
mendirikan masjid”
- Riwayat Nasai.
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan
hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah
mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama
di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya
kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang
tidak mengetahui yang makruf dan tidak
mengingkari kemungkaran.
- Riwayat Ahmad
Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat
ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka’
(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang
paling baik ketika itu ialah orang yang beriman
yang diapit oleh dua orang mulia"
-Riwayat Thabrani
Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya diantara tanda-tanda telah
dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu
mengucapkan salam kepada orang lain kecuali
yang dikenalnya saja."
- Riwayat Ahmad
Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian
wanita dan apabila mereka memakainya
keadaannya seperti telanjang."
Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari
Banyak dusta dan tidak tepat dalam
menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohongpembohong
besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum
pernah kamu dengar dan belum pernah didengar
oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu
jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak
menyesatkanmu dan memfitnahmu”
- Sahih Muslim
Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian
yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat
akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan
kesaksian yang benar"
- Riwayat Ahmad
Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
PENGAJARAN
Segala apa yang dikatakan oleh Nabi
Muhammad s.a.w. itu adalah benar belaka
janganlah disangsikan dan ragu-ragu.
Sekiranya kita menghayati apa yang tersirat
pada kisah di atas memang kebanyakannya
telah berlaku kini.
Tak perlu Nostradamus' Prediction untuk kita
jadikan panduan atau ikutan seperti orang
kafir atau menunggu hasil kajian saintifik
tentang amalan dan sunnah Rasullullah s.a.w.
Percayalah seyakin-yakinnya dan amalkan
-Wallahualam


Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer

0 komentar:

Posting Komentar

 

Followers

Sample text

Sample Text

Ala Bizikrillahi Tatmainnul Qulub